[INSPIRASI] – Bagaimana Lelaki Cacat yang hanya mampu Menggerakkan Jari ini mampu menginsafkan kita

 

Gambar diatas diambil pada tahun 2006 ketika KHAIRUL NIZAM berumur 16 tahun. 

Gambar ini diambil oleh JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SELANGOR.

.

SIAPA INSAN CACAT DI SEBALIK NAMA KHAIRUL NIZAM ?? BELIAU YANG HANYA MAMPU MENGGERAKKAN JARI, TIDAK MAMPU DUDUK SENDIRI, MAKAN DENGAN SENDIRI MAMPU MENGHASILKAN JUALAN JUTAAN RINGGIT SETAHUN!! KISAH BELIAU BANYAK MENGINSAFKAN DIRI KITA YANG SEMPURNA…

Kisah nizam bermula apabila beliau dilahirkan sebagai baby yang yang menghidapi masaalah penyakit saraf dan tulang, dan tidak mampu membuang air besar dengan sendiri kekuatan buah pinggang tiada, doktor juga menjangkakan umur nizam dengan kondisi yang dihadapi beliau hanya mampu bertahan hidup sehingga umur 19 tahun sahaja. bukan mudah sebagai pasangan yang baru berkahwin terpaksa menerima hakikat anak yang mereka lahirkan cacat dan akan mati pada umur 19 tahun sahaja.

Tetapi ibu dan bapa nizam terima dengan redha, dan mengikuti nasihat doktor untuk kerap membawa nizam ke hospital untuk rawatan susulan dan juga melakukan fizioteraphy, dalam masa yang sama mereka juga membawa nizam berubat kampung, bertapa besarnya harapan mereka ingin melihat anak mereka duduk, merangkak, berdiri dan berjalan. Alhamdulillah berkat usaha mereka nizam mampu berdiri dan berjalan walaupun pincang (tempang).

Gambar nizam yang diambil semasa kecil

Family susah, terpaksa duduk di kawasan setinggan

Kehidupan kami sangat susah, hanya tinggal di kawasan setinggan , itupun hanya menumpang di kawasan rumah atok, ayah seorang yang bekerja untuk menampung kami sekeluarga, ibu tidak boleh bekerja kerana terpaksa menguruskan nizam, berkat pengorbanan mereka nizam dapat ke sekolah tadika, setiap hari ibu menguruskan mandi,pakai, makan dan menghantar dan mengambil nizam dari sekolah. Beliau terpaksa berkorban membeli sebuah basikal semata-mata untuk menguruskan anak cacat mereka ke sekolah, begitu besarnya pengorbanan ibu dan bapa nizam.

Setelah memasuki darjah 1, ibu sekali lagi berkorban untuk nizam, beliau sanggup bekerja di kedai buku sekolah dengan hanya bergajikan RM200 sebulan, semata-mata ingin melihat dan menjaga nizam di sekolah, kerana dengan keadaan nizam yang lemah, mudah jatuh jika di tolak, beliau tidak mampu makan di kantin sekolah sendiri . jadi setiap kali waktu rehat persekolahan nizam akan terus ke kedai buku untuk berehat makan.

Disinilah nizam mula berjinak-jinak didalam bidang perniagaan, setiap hari sebelum waktu rehat sekolah beliau mengambil order dari rakan-rakan sekelas yang ingin membeli pensil, pen, pemadam, buku, tisu dan lain-lain . dari sini nizam mula berlajar apa itu bisnes dan dalam masa yang sama membantu ibu beliau juga menjual peralatan sekolah, hari demi hari nizam semakin seronok dengan perniagaan, hari-hari bawak barang dapat duit, dan duit pula dapat diberikan kepada ibu.

NIZAM DI MARAH CIKGU SEKOLAH SEHINGGA CIKGU BERJUMPA DENGAN IBU NIZAM !!

Jika diimbas kembali satu pengalaman yang agak lucu, nizam menjual tisu yang banyak di dalam kelas, sehingga menyebabkan kelas semak dengan sampah tisu, yelah kawan-kawan semuanya masih kecil , tisu pun boleh dijadikan permainan, sehinggakan satu ketika cikgu datang ke kedai buku untuk berjumpa dengan ibu dan melarang nizam untuk melakukan penjualan lagi di dalam kelas. nizam terus di marahi .

Selepas dari kejadian nizam stop semua penjualan di dalam kelas, dan mula fokus berlajar. sehingga darjah 3 nizam sudah boleh berdikari di sekolah dengan adanya bantuan dari rakan-rakan sekelas dan juga cikgu. Alhamdulillah ketika ini nizam tidak lagi bergantung sepenuhnya pada ibu, dan ibu mula mencari jalan perniagaan untuk menampung kami sekeluarga.

KEADAAN NIZAM SEMAKIN LEMAH DAN TIDAK BOLEH BERJALAN

Ketika di darjah 4 keadaan nizam semakin merosot dan semakin lemah, nizam sudah mula tidak boleh berjalan, ketika ini semakin sukar untuk nizam meneruskan persekolahan tanpa kerusi roda, jika ingin ke tandas terpaksa gunakan kerusi kayu dan seret sehingga ke tandas, sehingga di marahi cikgu kerana takut kaki kerusi patah, tetapi nizam terpaksa menebalkan muka kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dengan meminta kerusi roda. biarlah aku susah janji jangan menyusahkan lagi keluarga yang dah sememangnya susah.

Dengan keadaan family yang susah, nizam tidak dapat bermewah seperti rakan-rakan yang lain, ade ketika sehingga tiada duit makan di sekolah kerana terpaksa gunakan duit belanja untuk membeli peralatan sekolah, jadi atas desakan hidup nizam mula mencari peluang baru, dengan  duit belanja sekolah yang ayah berikan nizam mengirim pada rakan untuk membeli stiker kartun di pasar malam RM1- RM3 sekeping , nizam menggunakan kreativiti beliau dengan memotong sticker yang ada untuk di tampal pada buku jadi katalog dan jual mengikut size diantara RM0.10-RM0.50 sekeping, hasil penjualan nizam mampu meraih pendapatan RM2-RM5 seminggu.

Berkat usaha alhamdulillah nizam mampu berbelanja lebih di sekolah dengan hasil duit keuntungan jual stiker di sekolah, nizam meneruskan penjualan sehingga darjah 6. Keadaan nizam semakin parah, sekarang nizam sudah tidak mampu berjalan langsung, dan keadaan semakin lemah, untuk meneruskan persekolahan nizam memerlukan kerusi roda, puas ayah dah ibu cuba mendapatkan bantuan kerusi roda tetapi tidak berhasil, sehingga satu masa ade rakan ayah cuba membantu dengan memasukkan nama nizam di dalam senarai bantuan pesara tentera. pada mulanya mereka hanya ingin memberikan nizam sebatang tongkat, tetapi setelah melihat keadaan nizam yang perlu di dukung ke ibu bapa , mereka menukarkan dengan kerusi roda.

KERUSI RODA ADALAH NYAWA BAGI ORANG CACAT.

Perasaan hanya allah yang tahu bertapa gembiranya nizam ketika itu, ibarat mendapat sepasang kaki untuk berjalan, pada manusia normal mungkin melihat seorang yang cacat duduk diatas kerusi roda adalah satu perkara yang biasa, tapi pada nizam ianya ibarat nyawa, nyawa yang memberikan kehidupan baru pada nizam, sejak dari itu beliau sudah boleh keluar kelas dengan menaiki kerusi roda atas bantuan rakan menolak, boleh duduk makan di kantin sekolah, dan boleh melihat rakan rakan lain bersukan, bagi nizam nikmat berjalan menggunakan kerusi roda tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Nizam menghabiskan sesi persekolahan hanya sampai darjah 6 sahaja. habis sahaja sekolah ibu sudah tidak mampu menghantar nizam ke sekolah atas masaalah kewangan dan nizam semakin membesar, ibu sudah tidak mampu lagi mendukung nizam untuk di hantar ke sekolah, dan juga masaalah kewangan yang agak kritikal ketika itu dengan penambahan adik-adik baru dalam keluarga, jadi family mengambil keputusan untuk tidak lagi menyambung nizam ke sekolah menengah.

NIZAM TERPAKSA BERHENTI SEKOLAH KETIKA DI DARJAH 6

Bagi nizam tidak meneruskan persekolahan bukanla sesuatu yang buruk , malah nizam dapat meringankan beban ibu bapa untuk tidak menyusahkan mereka setiap hari perlu menguruskan nizam ke sekolah, malah ibu dapat berniaga untuk menampung kami sekeluarga,  jadi habis sahaja sesi persekolahan nizam mengambil tanggungjawab menjaga adik-adik 3 orang yang masih kecil, setiap hari nizam mandikan adik-adik , bancuh susu, suap makan, masak makan boleh dikatakan semua nizam uruskan walaupun keadaan beliau tidak boleh lagi berjalan, hanya duduk dan bergerak secara berguling-guling.

Nizam puas walaupun kehidupan nizam tidak sama seperti kanak-kanak lain yang setiap hari rutin ke sekolah, bermain waktu petang, tetapi nizam dapat meringankan beban ibu bapa dengan menjaga adik-adik di rumah, merekalah kawan bermain bagi nizam , dan hanya tv lah hiburan nizam setiap hari di rumah, sejak dari itu kehidupan nizam hanya bersama keluarga, dan sesekali waktu cuti dan ade duit lebih ayah akan membawa kami berjalan-jalan .

Begitulah kisah nizam selepas habis persekolahan, nizam melalui fasa kehidupan yang susah, tetapi nizam bukan seorang yang cepat melatah merungut, nizam gunakan sahaja kekuatan yang ada untuk meneruskan kehidupan , dan berbakti pada ibu bapa , kerana bagi nizam tiada apa yang menggembirakan apabila melihat senyuman adik-adik dan juga ibu bapa. Sehinggalah sesuatu kejadian berlaku ketika nizam masuk ke umur 16 tahun.

NIZAM PATAH KEDUA-DUA KAKI DAN DI MAKAN SEMUT SEHARIAN

Kisah gelap hidup nizam bermula ketika beliau berumur 16 tahun, satu hari ayah dan ibu beliau terpaksa pulang ke kampung atas urusan penting, nizam di tinggalkan bersama adik yang berumur 12 dan 11 tahun, sebagai kanak-kanak berumur tersebut pemikiran mereka hanyalah berseronok , ingin bermain bersama rakan-rakan sewaktu petang, jadi mereka mengajak nizam untuk ikut sekali, kerana tiada siapa di rumah, dengan bantuan 2 orang adik nizam dapat duduk di atas kerusi roda, dan mereka menolak nizam ke luar rumah, tetapi nasib tidak menyebelahi nizam .

Semasa ditolak menggunakan kerusi roda, ade satu benteng batu di depan rumah , asalnya benteng itu dibina untuk mengelak banjir masuk ke dalam rumah, kerana kawasan setinggan yang kami duduk selalu dimasuki air, jadi untuk melepasi benteng itu adik menggunakan kayu, dan menolak nizam dengan laju, tanpa disedari nizam terus terjatuh ke depan dan patah kedua-dua belah tulang peha.

Adik-adik cuba membantu, tetapi nizam berkeras tidak mahu lagi duduk di atas kerusi roda , kerana kesakitan yang amat sangat, akhirnya nizam di tinggalkan seorang diri di rumah , terbaring di atas simen lantai dan di gigit semut, seharian nizam menangis kesakitan, dan akhirnya jiran mendengar tangisan nizam dan cuba membantu dengan memanggil ambulans. Setelah menahan sakit lebih 8 jam, dan keadaan yang semakin lemah nizam terus di bawa ke hospital.

Malam tu juga ibu bapa nizam bergegas balik dari kampung dan tidak menyangka yang keadaan nizam teruk patah ke dua-dua belah kaki, sewaktu di hospital doktor doktok sendiri buntu dengan rawatan yang sepatutnya diberikan dengan keadaan nizam , kerana jika operation dan masuk besi , tulang nizam tidak kuat dan akan hancur, jadi keesokan harinya doktor mengambil keputusan hanya memberikan rawatan simen kedua belah kaki sahaja, dan setelah 4 hari nizam di benarkan pulang ke rumah.

PERMULAAN HIDUP YANG GELAP BUAT NIZAM, DAHLA CACAT, PATAH PULA KAKI

Kembali kehidupan seperti biasa, ayah terpaksa bekerja, ibu terpaksa berhenti berniaga luar , dan membuka kedai runcit secara kecil-kecilah di depan rumah, adik bersekolah, dan adik kecik bersama nizam, kini nizam semakin tertekan, kalau dulu boleh berikan adik makan dan minum , tetapi sekarang adik-adik kecil pula membantu nizam , keadaan nizam semakin kritikal, dimana beliau sudah langsung tidak mampu bergerak, hanya mampu duduk dan baring beralaskan tikar getah.

Dengan keadaan nizam yang kritikal , berbulan bulan tidak mandi, kencing berak semua di tempat yang sama hanya beralaskan surat khabar, nizam memerlukan katil khas seperti hospital untuk memudahkan buang najis dan juga mengelakkan kulit berkudis dan senang untuk diuruskan mandi dan sebagainya, tetapi ketika itu walaupun sangat memerlukan nizam hanya menyimpan jauh ke dalam lubuk hati, kerana nizam sedar ayah dah ibu tidak mampu membeli katil yang bernilai RM3000 itu.

Bayangkan keadaan nizam ketika itu , dengan badan yang berbau, daki tebal seluruh badan mana mungkin nizam ade confident diri untuk berjumpa dengan sesiapapun walaupun saudara sendiri, rasa diri malu, hina, jijik dan macam-macam perasaan yang hadir ketika itu, nizam betul-betul tidak mampu meneruskan dugaan yang ada, sampai ada perasaan lebih baik allah ambik nyawa aku ketika itu.

Tetapi nizam sangat beruntung kerana di kurniakan seorang ibu yang sangat kuat, tidak putus-putus memberikan semangat pada nizam untuk meneruskan kehidupan, dan beliau berusaha untuk mendapatkan bantuan kerajaan untuk katil, malangnya pihak kebajikan hanya datang kerumah, mengambil gambar dan memberitahu permohonan tidak diluluskan atas sebab ayah masih bekerja, dan ibu berniaga.

DISINILAH BERMULANYA TURNING POINT KEJAYAAN NIZAM

Melihat kesusahan keluarga , dan kesusahan mereka menguruskan nizam , terdetik didalam hati untuk melakukan sesuatu, tapi apa yang aku boleh buat ketika itu dengan keadaan yang begini ? tetapi allah itu maha besar, selagi hampanya ingin berubah dengan niat yang baik insyaallah dia akan menjukkan jalan, setiap hari pelanggan yang datang di kedai runcit ibu di depan rumah bertanyakan prepaid topup. setelah berkali kali di tanya, ade permintaan, jadi nizam anggapkan ini satu peluang.

Dengan bermodalkan RM100 hasil sedekah saudara mara yang datang melawat nizam memulakan perniagaan prepaid topup , beliau menyediakan sebuah buku nota di kedai runcit ibu , dan setiap customer akan menulis no mereka di buku , dan ibu akan pas buku pada nizam di dalam rumah untuk mengkreditkan topup pelanggan .

Dari situ nizam mula mendapat keuntungan perniagaan RM0.05-RM0.50 untuk setiap traksaksi , dan dalam sebulan nizam dapat hasil jualan diantara RM50-RM200, Bayangkan bertapa bersyukurnya nizam rasa, dengan duit yang ade nizam gunakan untuk belanja adik adik gula-gula, keropok, mainan , itulah yang mengembirakan nizam .

Tapi hari bukannya selalu cerah, nizam di uji dengan ujian yang begitu berat, hanphone yang nizam gunakan sebagai alat mencari rezeki di ragut seorang lelaki tidak bertanggungjawab,didepan mata nizam sendiri !! perasaan ketika itu hanya allah yang tau, nizam meraung menangis tanpa boleh melakukan apa-apa dengan keadaan yang lumpuh. selepas dari kejadian itu nizam menjadi murung, dan menangis setiap hari …

Akhirnya, ibu mengambil keputusan untuk membelikan phone baru dengan berhutang di kedai cina, kebetulan kedai cina tersebut memang baik dengan ibu, dan dia memberikan ibu membayar setiap bulan.

“ALLAH BERIKAN UJIAN UNTUK BERIKAN YANG LEBIH BAIK”

Nizam mula sedar, allah hanya uji nizam untuk mendapatkan yang lebih baik , phone yang ibu hadiahkan adalah phone pertama yang nizam gunakan dengan adanya talian internet, dari situlah nizam mula kenal dan berlajar apa itu “PERNIAGAAN ONLINE” .

Hanya menggunakan phone nizam mula berlajar tentang perniagan online, dan nizam gunakan phone yang ada untuk mencari pendapatan untuk membantu keluarga, walaupun dengan keadaan yang agak kritikal nizam mempunyai kesedaran hebat untuk berjaya dan membantu keluarga beliau.

Alhamdulillah sepanjang 10 tahun banyak sangat kisah luka , duka , dalam perniagaan ..antaranya laptop yang digunakan tiba-tiba meletop, pernah digelar sebagai penipu, kerana menggunakan nama lelaki tetapi akaun bank seorang wanita. bukan mudah kerana ketika nizam menjalankan perniagaan online, beliau pernah berhasrat ingin mempunyai akaun bank atas nama sendiri, company atas nama sendiri, tetapi di tolak mentah-mentah kerana keadaan nizam kritikal tidak boleh menguruskan akaun bank sendiri.

Sepanjang nizam berbisnes online di rumah, beliau pernah digelar sifu online di sebalik nama ERASIBER, tetapi student tidak pernah siapakah di sebalik nama itu , kerana nizam mempunyai niat yang sangat hebat ingin membantu orang ramai menjana pendapatan secara online, kebanyakan student yang berlajar bersama nizam melalui online menunjukkan hasil positif.

“AKU TAK BOLEH MACAM NI !! KENA LEBIH BERJAYA”

Setelah 10 tahun berniaga secara online, dari pendapatan SEN SEN kini mampu menghasilkan jualan RM50,000 – RM100,000 sebulan, bisnes semakin hari semakin berkembang, sehingga dapat menghantar family berjalan ke luar negara, setiap kali mak, ayah, adik2 keluar negara nizam akan minta sebanyak2 gambar, video, sebab kalau boleh nizam apa yang diorang tengok , nizam nak tengok walaupun hanya melalui gambar.

Hari demi hari kehidupan nizam semakin tertekan , dan sunyi… 10 tahun hanya duduk di rumah, tidak bergaul dan berjumpa dengan sesiapa membuatkan hati nizam terdetik ….

“AKU NAK BERAJAYA SAMA MACAM ORANG LAIN, ADA KEHIDUPAN YANG SEMPURNA, BOLEH BERJALAN KE MANA SAHAJA, AKU TERINGIN SANGAT NAK NAIK FLIGHT PERGI KE LUAR NEGARA, YA ALLAH KALAU AKU TAK DAPAT NAIK FLIGHT DI DUNIA , PERKARA PERTAMA AKU NAK BUAT DI SYURGA ADALAH NAIK FLIGT”

 

Sejak dari itulah nizam mula menyuarakan hasrat beliau ingin keluar, dan berlajar bersama DR AZIZAN, nizam mula memberanikan diri mendaftar program ke program RM30 HIDUP LUAR BIASA. Sejak dari itu kehidupan nizam mula berubah, dr azizan banyak memberikan motivasi diri, membantu nizam membuka akaun bank dan syarikat atas nama sendiri. dan nizam mampu travel ke luar negara.

Nizam bercuti ke bali indonesia, dubai, tokyo

Sejak dari itu kehidupan nizam mula berubah, yang dulunya sekadar angan-angan kini menjadi kenyataan. Nizam mula berani keluar dan bergaul dengan orang ramai, siapa sangka seorang yang dahulunya lumpuh, kehidupan hanya di dalam rumah kini mampu MENJADI IKON USAHAWAN, ramai yang berjumpa dan teruja dengan semangat juang yang di tonjolkan nizam. Nizam juga selalu di invite ke program-program tv untuk berkongsi rahsia kejayaan .

Bagi nizam kejayaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha, bayangkan jika nizam tidak mula usaha untuk mengubah nasib, mungkin keadaan nizam akan lebih teruk , tapi percayalah walau apa jua cabaran yang ada dalam kehidupan anda perlu tabah dan sentiasa berfikiran positive, sentiasa baik dengan orang di sekeliling dan bantu keluarga dan orang yang susah. Insyaallah kejayaan akan datang bergolek kepada anda.

Percayalah anda sendiri yang mampu mengubah nasib anda, nizam seorang yang cacat, tidak berpelajaran mampu membuktikan bahawa jika anda berusaha dan mempunyai niat yang baik beliau mampu berjaya.

Nizam diangkat sebagai ikon usahawan 2017 didalam buku text perniagaan tingkatan 4

UBAH DIRI…! UBAH NASIB… ! NIZAM NAK BANTU ANDA !

Kini dengan perniagaan nizam bukan sahaja dapat membantu diri beliau, keluarga, malah nizam mempunyai harapan yang sangat besar ingin membantu rakan-rakan oku yang senasib, nizam nak sedarkan masyarakat supaya jangan menindas oku, kami sama seperti anda, dan kami dilahirkan bukan untuk menyusahkan keluarga, tetapi kami juga mampu berjaya dan memberi kesenangan kepada keluarga dan masyarakat.

Sekarang dengan perniagan beliau JAMUMALL.COM, Platform online yang boleh membantu sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan secara online….., dengan sistem yang dibina atas idea nizam sendiri ini memudahkan peniaga-peniaga online untuk memasarkan produk secara DROPSHIP , kata nizam kebanyakan peniaga-peniaga yang baru ingin meningkat naik tidak didedahkan dengan sistem dan ilmu yang betul bagaimana cara untuk menjana pendapatan secara online.

Jadi nizam berhasrat besar untuk membantu siapa sahaja yang berminat dengan perniagaan online untuk sama-sama berjemaah di bawah satu bumbung. Dan nizam juga banyak menyediakan training-training “BIJAK BERNIAGA ONLINE” secara online dan juga offline.

 

Kepada anda yang berminat mengikuti kehidupan insan luar biasa ini, dan untuk mendapatkan tips perniagaan online, seminar dan juga class yang di anjurkan oleh nizam boleh terus like fanpage beliau KHAIRUL NIZAM dan juga instagram KHAIRUL NIZAM .

 

5 thoughts on “[INSPIRASI] – Bagaimana Lelaki Cacat yang hanya mampu Menggerakkan Jari ini mampu menginsafkan kita

  1. Ahmat bin Arijalun says:

    Kenapa perkataan ORANG CACAT pula. Sepatutnya OKU. ORANG KURANG UPAYA @ ORANG KELAINAN UPAYA. Apa pun tahniah dari saya. Nama : Ahmat bin Arijalun . Status: Jadi OKU tahun 2001 kemalangan jalan raya. Tahun lahir : 1973. ; Sekian,,,

  2. mohd sofi mohd nor says:

    Assalamualaikum Sifu Nizam. Saya sopi. Ingin berjaya seperti nizam. Abang kandung saya juga OKU. Impian ingin membantu abang saya dan orang yang susah dan memerlukan. Dengan Izin Allah dengan ikon usahawan menjadi inspirasi kepada saya untuk berjaya. Izinkan saya bantu saya ingin berjaya seperti tuan.
    Semoga usaha tn nizam dipermudahkan dan diberkati.

    • admin@jamumall.com says:

      Waalaikummusalam sopi..insyaallah tiada halangan untuk setiap orang di muka bumi allah ini untuk berjaya.Yang membezakan adalah diri seseorang..Usaha/tawakal dan berdoa boleh mengubah kehidupan semua manusia.. insyaallah,amin 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *