fbpx

Kecilkan Liang Pori Dengan 5 Bahan Semulajadi Ini

Posted on

Masalah pori terbuka adalah masalah utama khususnya buat wanita di Malaysia ini adalah kerana pelbagai faktor yang boleh dikenalpasti. Antara faktor penyebab pori terbuka adalah pengeluaran sebum yang berlebihan, genetik, cahaya matahari, penuaan dan juga kebersihan. Antara faktor-faktor inilah yang menjadi penyebab kepada liang pori yang terbuka. Liang pori terbuka akan menjejaskan penampilan seseorang oleh kerana ianya akan membuatkan kulit wajah menjadi kasar dan permukaan tidak serata.

Liang pori terbuka akan menyebabkan masalah liang pori tersumbat yang seterusnya akan memudahkan penghasilan jerawat. Penggunaan produk kecantikan yang salah turut menyumbang kepada masalah liang pori tersumbat. Masalah liang pori terbuka boleh diatasi sekiranya kita mengambil langkah-langkah pencegahan yang betul. Di bawah adalah beberapa cara atau tips yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah liang pori terbuka.

1.Telur putih

Ambil sebiji telur dan asingkan telur putih dan kuning. Ambil telur putih tadi dan sapukan pada seluruh kawasan muka dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas muka dengan air yang sejuk. Selain itu juga, korang boleh campur putih telur ni dengan oats, tepung beras ataupun jus lemon dan dijadikan sebagai “masker”. Boleh amalkan sebelum tidur selama beberapa minggu untuk mendapatkan kesan yang ketara.

2.Lidah buaya

Lidah buaya juga dapat membantu menyuburkan dan membersihkan kulit serta membuang lebihan minyak dan kotoran daripada liang pori tersumbat. Cara-cara untuk menggunakan lidah buaya adalah dengan mengambil isinya dan sapukan pada kulit wajah dan biarkan selama beberapa minit dan kemudian bilas wajah dengan air yang sejuk. Lihat kesan dalam beberapa minggu selepas mengamalkannya.

3.Tomato

Selain mengecilkan liang pori, tomato juga dapat membantu masalah parut dan juga menghaluskan kulit muka. Ambil beberapa biji tomato dan kisar, kemudian sapu pada muka dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air yang bersih.

4.Jus timun

Ambil sebatang timun dan dikisarkan sehingga menjadi jus dan dicampurkan dengan tepung jagung. Pastikan campuran jus timun dengan tepung jagung likat dan jadikan sebagai “masker” dan biarkan selama beberapa minit. Bilas menggunakan air yang sejuk. Cara ini mampu membantu mengecilkan liang pori dan juga mecantikkan lagi tekstur kulit muka.

5.Beras dan susu

Cara ini mampu membantu mengecutkan liang pori yang terbuka, mencerahkan kulit wajah, mengecutkan jerawat dan melembutkan kulit wajah. Caranya adalah dengan merendamkan beras ke dalam susu (boleh guna air) semalaman. Toskan air dan kemudian lenyek beras tadi menggunakan sudu. Jadikan sebagai “masker” dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian gosok secara lembut di seluruh muka dan boleh terus bilas dengan air yang sejuk.

Terdapat pelbagai cara sebenarnya untuk mengatasi masalah liang pori terbuka dan setiap orang mungkin mengambil masa yang berbeza atas faktor-faktor tertentu. Jadi korang cuma perlu amalkan tips ni dengan cara yang betul supaya mendapat kesan yang ketara.

Connect with us  
GET OUR LATEST UPDATES