Khasiat Argan Oil Dalam Kosmetik

Minyak argan ataupun argan oil yang berasal dari pohon argan yang hanya tumbuh Maghribi/Morocco di mana argan oil ini sedah digunakan oleh wanita Maghribi sejak berabad tahun lamanya untuk kecantikan mereka. Pokok argan hanya mengeluarkan buah sekitar 30-50 tahun dan untuk mendapatkan 1 liter minyak argan memerlukan 30 kg buah argan dan proses untuk mendapatkan ekstrak minyak argan mengambil masa selama 15 jam.

Antara khasiat argan oil dalam kosmetik antaranya boleh digunakan untuk kecantikan kulit wajah dan juga berkhasiat untuk sesiapa yang mengalami masalah rambut yang serius. Argan oil mempunyai 1001 khasiat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Argan oil juga mampu membantu merawat masalah kulit yang berat seperti eczema, psoriasis, cacar air, chicken pox, kudis, kurap dan sebagainya. Untuk mendapatkan khasiat yang sepenuhnya, sebaiknya guna argan oil yang tulen untuk penjagaan harian kecantikan korang.

Argan oil boleh digunakan sebagai pelembap wajah. Cara untuk mengamalkannya adalah selepas korang bersihkan wajah, korang ambil beberapa titik argan oil dan urut ke bahagian muka dan leher. Argan oil akan menyerap dengan cepat tanpa meninggalkan kesan.

Argan oil juga dapat meremajakan dan mencerahkan wajah. Korang hanya perlu tambahkan beberapa titik argan oil untuk masker muka. Campur 1 sudu madu dan 3 titik argan oil ke dalam mangkuk dan sapukan pada wajah yang bersih dan kering. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air suam.

Bagi masalah rambut pulak korang boleh dapatkan rambut yang bersinar dengan hanya menggunakan argan oil. Caranya adalah apabila rambut kering, letak beberapa titik argan oil pada tapak tangan, usapkan pada rambut untuk kesan yang bersinar dan ianya juga membantu untuk melembutkan rambut.

Bagi rawatan rambut yang lebih efisien, korang boleh urutkan kulit kepala dengan argan oil dari permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Selepas selesai korang tutup rambut dengan tuala dan biarkan semalaman.

Argan oil juga boleh digunakan sebagai hydrating toner dengan menambahkan beberapa titik argan oil bersama serum untuk menambahkan kelembapan pada kulit wajah.

Korang jangan risau sebab korang boleh dapatkan produk yang mempunyai khasiat argan oil di Jamumall juga hanya dengan search “argan oil” dekat search atas tu nanti akan keluar produk yang mengandungi argan oil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Name *

Reward Points

The more you spent, the more points you get

Free Delivery

100% free delivery within Malaysia

Buyer Protection

Your purchases are protected by JM Express™

JM Courier Partner

Karhoo Courier
Pos Laju
JM Express