Masalah Kitaran Haid Terganggu Apa Yang Kaum Wanita Perlu Tahu

Masa kitaran haid yang tidak menentu sudah pasti menyebabkan para wanita sekalian dalam dilema samaada perlu pergi berjumpa dengan doktor atau tidak. Kitaran normal haid selalunya memakan masa selama lebih kurang 28 hari bergantung kepada tubuh badan seseorang. Manakala kitaran haid yang tidak teratur biasanya kurang dari 25 hari atau lebih daripada 35 hari. Ada sesetengah wanita yang haidnya datang dua atau tiga  bulan sekali dalam setahun.

Kitaran haid yang tidak teratur bukanlah satu penyakit tetapi akibat gangguan hormon. Golongan wanita yang mengalami masalah ini kurang subur kerana mereka kurang mengeluarkan telur. Pelbagai gejala dan penyakit boleh menyebabkan gangguan kitaran haid seperti kanser pangkal rahim, kanser ovari atau kanser rahim. Ianya juga disebabkan oleh gangguan hormon dan juga ketumbuhan bukan kanser seperti fibroids, endometriosis dan ovarian cysts.

Para wanita perlu berwaspada apabila mengalami gangguan seperti berikut :

1.Mengalami pendarahan selepas hubungan kelamin. Ini adalah tanda-tanda kanser pangkal rahim.

2.Pendarahan selepas terputus haid (menopause). Ianya adalah satu tanda kanser dalam rahim.

3.Masalah pendarahan haid terlalu banyak dan berpanjangan  (menorrhagia) yang berpunca dari ketumbuhan fibroid, adenomyosis, endometrial hyperplasia dan polyps.

4.Sakit senggugut yang disebabkan oleh endometriosis dan adenomyosis. Ianya akan menimbulkan masalah kesuburan dan keguguran serta kesakitan.

5.Masalah haid yang tidak teratur iaitu jarak antara had 3 hingga 6 bulan atau lebih yang disebabkan oleh PCOS, ovari bengkak dan hormon yang tak seimbang. Ianya sering berlaku pada wanita gemuk. Gangguan utama ialah mereka sukar untuk hamil dan pendarahan banyak berlaku dan juga berpanjangan.

6.Masalah tidak datang ataupun lewat datang haid. Punca utama ialah kehamilan. Punca lain-lain ialah seperti gangguan hormon akibat stress atau umur telah masuk dalam lingkungan 40an. Mereka mungkin mengalami masalah menopause.

7. Masalah tidak datang haid melebihi 6 bulan. Ianya adalah salah satu tanda menopause bagi mereka yang berumur 50an ataupun premature menopause bagi yang bawah 40an.

8.Masalah tidak datang haid pada gadis yang berumur 20 tahun. Ianya disebabkan tiada rahim atau pangkal rahim atau faraj iaitu cacat kogenita, peranakan yang tidak sempurna sejak lahir.

Bagi korang yang mengalami masalah di atas dinasihatkan untuk terus berjumpa dengan pakar perubatan dengan segera supaya dapat mengenalpasti punca masalah tersebut. Kalau korang ada masalah dan dah habis ikhtiar guna produk-produk kesihatan di luar sana korang boleh mencuba produk Apcel Apricot yang dijual di Jamumall. Korang boleh klik link untuk tengok promosi produk Apcel Apricot yang kami tengah offer. InsyaAllah dengan ikhtiar ni masalah kitaran haid yang tidak teratur dapat diselesaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Name *

Reward Points

The more you spent, the more points you get

Free Delivery

100% free delivery within Malaysia

Buyer Protection

Your purchases are protected by JM Express™

JM Courier Partner

Karhoo Courier
Pos Laju
JM Express