Polisi Penghantaran

POLISI PELANGGAN (RETURN POLICY)

Kami di pihak JAMUMALL menitikberatkan kepuasan para pelanggan apabila membeli daripada pihak kami. Justeru itu kami dari pihak JAMUMALL akan bertanggungjawab ke atas semua produk yang dibeli oleh para pelanggan kami. Antara tanggungjawab yang kami akan tanggung adalah seperti di bawah:

  1. Produk hilang (Produk tidak diterima dalam tempoh yang munasabah / Produk hilang di pejabat pos)
  2. Tersalah produk / Kuantiti produk tidak sama seperti yang dibeli
  3. Produk rosak / Produk tamat tempoh tarikh luput
  4. Produk pecah / Produk tidak dapat digunakan

i. Bagi produk yang hilang, pihak JAMUMALL akan terlebih dahulu menyemak status produk tersebut dengan pihak pos dan selepas status dikenalpasti iaitu produk hilang maka pihak JAMUMALL akan membuat gantirugi dengan menghantar produk yang baru kepada pelanggan.

ii. Bagi produk yang diterima tidak sama seperti yang dibeli maka pelanggan hendaklah membuat aduan terus ke bahagian Khidmat Pelanggan JAMUMALL dalam tempoh 24 jam dan mengemukan bukti bahawasanya produk yang diterima tidak sama seperti yang dibeli. Pelanggan hendaklah memulangkan kembali produk tersebut kepada pihak JAMUMALL dalam tempoh 7-14 hari bekerja dan kami akan tanggung kos penghantaran dari pihak pelanggan. Jika kuantiti produk yang dibeli tidak sama dengan kuantiti produk yang diterima maka pihak JAMUMALL akan menghantar produk tambahan kepada pelanggan.

iii. Jika pelanggan menerima produk yang rosak (produk tidak dapat digunakan) / produk tamat tempoh tarikh luput maka hendaklah mengemukan aduan terus kepada bahagian Khidmat Pelanggan JAMUMALL dalam tempoh 24 jam. Pelanggan hendaklah memulangkan kembali produk tersebut kepada pihak JAMUMALL dalam tempoh 7-14 hari bekerja dan kami akan tanggung kos penghantaran dari pihak pelanggan. Pihak JAMUMALL akan mengantikan dengan produk yang baru / produk yang sama nilai dengan produk yang asal.

iv. Bagi produk pecah (produk tidak dapat digunakan) pelanggan hendaklah mengemukan bukti samaada bungkusan produk dibalut dengan “bubble wrap” ataupun tidak dan hendaklah mengemukan aduan terus kepada bahagian Khidmat Pelanggan JAMUMALL dalam tempoh 24 jam. Pelanggan hendaklah memulangkan kembali produk tersebut kepada pihak JAMUMALL dalam tempoh 7-14 hari bekerja dan kami akan tanggung kos penghantaran dari pihak pelanggan. Pihak JAMUMALL akan mengantikan produk yang pecah dengan produk yang baru / produk yang sama nilai dengan produk yang asal.

Kami akan menggantikan produk-produk yang tersenarai di atas dengan produk yang baru / produk yang sama nilai dengan produk yang asal. Para pelanggan boleh terus membuat aduan jika terdapat masalah. Boleh klik link ini untuk terus mengisi borang aduan. Kami akan menanggung segala kos bagi penghantaran semula produk dari para pelanggan.

Reward Points

The more you spent, the more points you get

Free Delivery

100% free delivery within Malaysia

Buyer Protection

Your purchases are protected by JM Express™

JM Courier Partner

Karhoo Courier
Pos Laju
JM Express