Selamat Datang ke JamuMall

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Selamat datang ke Jamumall. Ini adalah blogpost pertama dari Jamumall. Tujuan kami mengeluarkan blogpost ini adalah untuk berkongsi apa-apa info, maklumat dan segala jenis perkara baru yang berlaku dan bakal berlaku di Jamumall. Bukan itu sahaja, para pelanggan setia kami juga akan berpeluang untuk berkomunikasi dengan Jamumall dengan lebih kerap lagi.

Untuk pengetahuan umum, Jamumall adalah satu platform online yang mengetengahkan produk kecantikan dan kesihatan di mana rakyat Malaysia majoritinya wanita amat  menitikberatkan aspek kecantikan untuk diri mereka. Oleh itu, wujudnya Jamumall adalah untuk membantu golongan wanita ini dalam mendapatkan produk yang betul-betul selamat dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kami 100% menjalankan perniagaan atas talian di mana kami tidak ada kedai mahupun stokis. Konsep kami adalah e-commerce + publisher = “ECOLISHER” di mana kami menawarkan jualan produk-produk kecantikan dan kesihatan di atas talian dan kami juga menawarkan pakej iklan untuk pihak-pihak pengeluar produk kecantikan dan kesihatan untuk mereka mengiklankan produk-produk keluaran mereka.

Kami yakin yang Jamumall akan berkembang dan akan membantu lebih ramai wanita dan lelaki di luar sana untuk menyelesaikan masalah mereka. Jamumall bukan hanya sekadar menjual kepada pelanggan setia kami tetapi juga membantu pengeluar-pengeluar produk di luar sana untuk mengembangkan lagi bisnes mereka ke arah yang lebih jauh lagi.

Setakat ini sahaja buat masa ini, kami akan mengeluarkan lebih banyak artikel dan info untuk anda semua. Anda boleh komen di bawah untuk kami kongsikan apa yang anda inginkan dari Jamumall. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Name *

Reward Points

The more you spent, the more points you get

Free Delivery

100% free delivery within Malaysia

Buyer Protection

Your purchases are protected by JM Express™

JM Courier Partner

Karhoo Courier
Pos Laju
JM Express